Saturday, November 24, 2018

Dapatan kajian mengenai sekolah rendah

    Melalui kaedah pemerhatian,saya dapati iklim di dalam kelas amat penting bagi menarik perhatian pelajat untuk terus kekal fokus untuk belajar. Guru juga perlu dalam keadaan ceria, jika guru mmpunyai masalah, jangan dibawa masuk ke dalam kelas boleh mengganggu konsentrasi guru tersebut utk mengajar. Jadi dengan itu guru harus bersikap professional dlm hal ini. Ianya bole memberi kesan pda pelajar jika guru membawa masalah ketika Pengajaran dan Pembelajaran. Selepas itu, guru juga boleh menghiaskan bilik darjah mereka seperti menghias papan tanda kelas di hadapan dan di belakang. Setiap guru boleh memastikan maklumat yg ditampal adalah yg terkini. Jangan hanya sekali sahaja menampal bagi memenuhi syarat. Guru juga Boleh menampal hasil kerja pelajar di papan tanda bagi pelajar rasa dihargai. Letaklah hasil kerja yg baik untuk dijadikan teladan pelajar-pelajar yang lain. Pelajar yg lain juga boleh membuat rujukan utk belajar. Jangn biarkan hasil kerja yang terlalu lama untuk tampal di papan  tanda tersebut. Maklumat di papan tanda kelas perlu dalam keadaan bersih. Guru boleh membuat jadual secara berkala untuk pembersihan kelas. Guru boleh membahagikan tugas pembersihan kelas kepada pelajar-pelajar. Ini membolehkan kelas sentiasa dalam keadaan bersih.

Ciri-ciri yang perlu ada pada seorang guru ialah:-
➢ Tanggungjawab seorang guru lebih kepada mengenal pasti perubahan tingkah laku setiap pelajar. Tidak kira itu dari segi disiplin, akademik dan sebagainya.
➢ Memastikan pelajar mendapat sumber pengaruh yang baik dalam aspek sosial dan pembelajaran mereka.
➢ Kemampuan seseorang guru untuk memberikan layanan yang sama rata kepada setiap pelajar tanpa mengira pelajar itu pandai atau sebaliknya.

➢ Kemampuan seseorang guru untuk membantu pelajar dalam menghadapi pelbagai jenis masalah di sekolah.

Pendidikan di negara kita telah mengamalkan pendidikan Abad ke-21. Jadi apa yang saya lihat,ada sesetengahkelas mengamalkan susunan kelas yg menarik. Ia dapat  membantu pelajar bersemangat untuk datang ke kelas, dulu pelajar datang hanya kerana kawan, selepas membuat pembaharuan, pelajar datang untuk blajar sesuatu yg baru dengan  adanya  kelas yang kondusif dan guru yang baik. Guru yg cemerlwng adalah guru yang mengmbil berat mengenai pelajar-pelajarnya. Secara automatik, pelajar akan suka dengan tindakan guru tersebut, setiap pelajar mempunyai potensi yg berbeza. Jadi dengan itu, jangan kita membezakan setiap pelajar kita. Jika ada pelajar yang bermasalah, mungkin ianya disebabkqn oleh keluarganya, setiap pelajar mempunyai latar belakang keluarga yang berbeza. Jadi dengan itu kita boleh mendekatkan diri dengan mereka bagi membantu mereka untuk terus belajar bagi mencapai kejayaan kelak.

Pemerhatian 2
Saya: “Pada pendapat cikgu, penting tak pengurusan kelas dalam sesebuah sekolah”?
Penolong kanan hem: encik A telah menjelaskan “saya ni dah lama jadi cikgu, perangai
budak-budak ni saya dah tau,..perangai cikgu kat sini pun saya dah tau…. Kelas kalau nak
budak tu mai cikgu yang mengajaq tu kena elok… Budak akan mai sekolah kalau cikgu
elok...Ada saya tengok cikgu pun perangai macam budak-budak,..sapa nak ajaq sapa ni,..jadi
saya nak cakap yang cikgu sangat main peranan dalam kelas..kalau nak budak tu baguih,
cikgu kena baguih dulu”.
Saya: “baik cikgu, terima kasih atas pendapat cikgu tadi”.
Encik A: “yaa. Sama-sama”.



Rujukan
https://www.slideshare.net/mobile/noraisahjamil/taklimat-511-rabu-sk-lav-heights

No comments:

Post a Comment