Monday, December 3, 2018

Bab 5: Pengurusan Murid

Bab 5: Pengurusan Murid 

Definisi Pengurusan
  • Terdapat banyak definisi yang diperkenalkan oleh pakar-pakar dalam bidang pengurusan. Antara definisi yang ringkas dan mudah difahami ialah pengurusan melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi.

Definisi Murid
  • Murid atau peserta didik adalah orang yang mempunyai potensi asas, yang perlu dikembangkan melalui pendidikan, baik secara fizikal mahupun mental, baik pendidikan itu di lingkungan keluarga, sekolah maupun dilingkungan masyarakat di mana kanak-kanak tersebut berada.

Bab 4: Kepimpinan dan Organisasi

Bab 4: Kepimpinan dan Organisasi 

Gaya kepimpinan

  • Kepimpinan merujuk kepada keupayaan memimpin merangkumi kebolehan,pencapaian, kejayaan pemimpin dan sebagainya. (Kamus Dewan, 2004)
  •  Kepimpinan melibatkan bentuk interaksi antara pemimpin dan orang yang dipimpin. ( Amir Hassan Dawi, 2006)

Terdapat 7 gaya kepimpinan iaitu:-


  • Authokratik
  •  Demokratik
  •  Laissez-faire
  •  Kontegensi
  •  Asertive
  •  Responsive
  • Kontigensi

Bab 3: proses sosialisasi

Bab 3: Proses Sosialisasi 

Terdapat 4 proses sosialisasi iaitu:-


  1. tahap persiapan 
  2. tahap meniru
  3. tahap siap bertindak 
  4. tahap penerimaan norma kolektif 

  1. keluarga
  2. guru
  3. rakan
  4. masyarakat
  5. agama 

Bab 2: PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN

 Bab 2: Pengurusan dan Pembelajaran 

Maksud pengurusan sekolah

  • Menurut sharpe (1989), sekolah merupakan organisasi yang unik dan tidak terdapat pada mana-mana organisasi di dunia. keunikan ini memerlukan pengurusan yang berpengetahuan dan berkemahiran yang tidak dipunyai oleh pengurus organisasi. 
matlamat pendidikan

pendidikan terbahagi kepada dua iaitu:- 
  • didik iaitu bermaksud pembelajaran yang berterusan sebagai contoh ilmu pengetahuan. 
  • latih iaitu bersifat terbatas, dan lebih kepada kemahiran. jika kita tidak latih diri, kita akan lupa dengan kemahiran tersebut. 


Teori Pengurusan Alam Pembelajaran

Teori alam pembelajaran

 Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan pembelajaran?

  • Menurut Haji Samsudin bin Md Noor, pengurusan bermaksud satu proses untuk mendapat penyertaan, kerjasama dari semua ahli dalam mencapai matlamat kumpulan. 

  •  Menurut Lee Shok Mee (1993), alam pembelajaran bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat meransang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai maltlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu. 

Saturday, November 24, 2018

Dapatan kajian mengenai sekolah rendah

    Melalui kaedah pemerhatian,saya dapati iklim di dalam kelas amat penting bagi menarik perhatian pelajat untuk terus kekal fokus untuk belajar. Guru juga perlu dalam keadaan ceria, jika guru mmpunyai masalah, jangan dibawa masuk ke dalam kelas boleh mengganggu konsentrasi guru tersebut utk mengajar. Jadi dengan itu guru harus bersikap professional dlm hal ini. Ianya bole memberi kesan pda pelajar jika guru membawa masalah ketika Pengajaran dan Pembelajaran. Selepas itu, guru juga boleh menghiaskan bilik darjah mereka seperti menghias papan tanda kelas di hadapan dan di belakang. Setiap guru boleh memastikan maklumat yg ditampal adalah yg terkini. Jangan hanya sekali sahaja menampal bagi memenuhi syarat. Guru juga Boleh menampal hasil kerja pelajar di papan tanda bagi pelajar rasa dihargai. Letaklah hasil kerja yg baik untuk dijadikan teladan pelajar-pelajar yang lain. Pelajar yg lain juga boleh membuat rujukan utk belajar. Jangn biarkan hasil kerja yang terlalu lama untuk tampal di papan  tanda tersebut. Maklumat di papan tanda kelas perlu dalam keadaan bersih. Guru boleh membuat jadual secara berkala untuk pembersihan kelas. Guru boleh membahagikan tugas pembersihan kelas kepada pelajar-pelajar. Ini membolehkan kelas sentiasa dalam keadaan bersih.

Ciri-ciri yang perlu ada pada seorang guru ialah:-
➢ Tanggungjawab seorang guru lebih kepada mengenal pasti perubahan tingkah laku setiap pelajar. Tidak kira itu dari segi disiplin, akademik dan sebagainya.
➢ Memastikan pelajar mendapat sumber pengaruh yang baik dalam aspek sosial dan pembelajaran mereka.
➢ Kemampuan seseorang guru untuk memberikan layanan yang sama rata kepada setiap pelajar tanpa mengira pelajar itu pandai atau sebaliknya.

➢ Kemampuan seseorang guru untuk membantu pelajar dalam menghadapi pelbagai jenis masalah di sekolah.

Pendidikan di negara kita telah mengamalkan pendidikan Abad ke-21. Jadi apa yang saya lihat,ada sesetengahkelas mengamalkan susunan kelas yg menarik. Ia dapat  membantu pelajar bersemangat untuk datang ke kelas, dulu pelajar datang hanya kerana kawan, selepas membuat pembaharuan, pelajar datang untuk blajar sesuatu yg baru dengan  adanya  kelas yang kondusif dan guru yang baik. Guru yg cemerlwng adalah guru yang mengmbil berat mengenai pelajar-pelajarnya. Secara automatik, pelajar akan suka dengan tindakan guru tersebut, setiap pelajar mempunyai potensi yg berbeza. Jadi dengan itu, jangan kita membezakan setiap pelajar kita. Jika ada pelajar yang bermasalah, mungkin ianya disebabkqn oleh keluarganya, setiap pelajar mempunyai latar belakang keluarga yang berbeza. Jadi dengan itu kita boleh mendekatkan diri dengan mereka bagi membantu mereka untuk terus belajar bagi mencapai kejayaan kelak.

Pemerhatian 2
Saya: “Pada pendapat cikgu, penting tak pengurusan kelas dalam sesebuah sekolah”?
Penolong kanan hem: encik A telah menjelaskan “saya ni dah lama jadi cikgu, perangai
budak-budak ni saya dah tau,..perangai cikgu kat sini pun saya dah tau…. Kelas kalau nak
budak tu mai cikgu yang mengajaq tu kena elok… Budak akan mai sekolah kalau cikgu
elok...Ada saya tengok cikgu pun perangai macam budak-budak,..sapa nak ajaq sapa ni,..jadi
saya nak cakap yang cikgu sangat main peranan dalam kelas..kalau nak budak tu baguih,
cikgu kena baguih dulu”.
Saya: “baik cikgu, terima kasih atas pendapat cikgu tadi”.
Encik A: “yaa. Sama-sama”.



Rujukan
https://www.slideshare.net/mobile/noraisahjamil/taklimat-511-rabu-sk-lav-heights

Friday, September 28, 2018

Bab 1: Teori Sosiologi Pendidikan

Bab 1: Teori Sosiologi Pendidikan

Maksud sosiologi ialah teori yang datang daripada masyarakat untuk dijadikan objek dan subjek dalam kajian. terdapat 3 teori utama iaitu Fungsionalisme, Konflik, dan Interaksionisme simbolik.

Fungsionalisme bermaksud setiap orang dapat berfungi. sebagai contoh di sekolah terdapat guru disiplin dan guru kaunseling, jika berlaku apa-apa isu berkaitan disiplin pelajar guru disiplin akan menjalankan tugasnya begitu juga dengan guru kaunseling yang akan menjalankan tugas sekira pelajar memerlukan  nasihat atau pemasalahan. maksudnya disini Fungsionalisme ialah mengkhususkan skop pekerjaan guru tersebut.

Konflik bermaksud mewujudkan suasana yang baru untuk mendapat keuntungan. kebiasaannya teori Konflik ini banyak digunakan di dalam politik. ianya juga seperti mengadakan huru-hara untuk mendapat sokongan yang ramai untuk parti tersebut. Konflik boleh dikaitkan di sekolah, sebagai contoh seorang guru akan menghukum untuk merotan pelajar jika mereka bising, terdapat dua situasi iaitu sama ada semua pelajar akan diam atau mungkin akan ada segelintir pelajar yang nakal akan lari atau ponteng daripada kelas guru tersebut.

Interaksionisme simbolik adalah kaedah untuk menarik minat pelajar dengan menggunakan simbol atau dikenali sebagai logo. sebagai contoh seorang guru muzik menubuhkan persatuan atau kelab muzik sekolah, dengannya ada persatuaan ini, dapat menarik minat pelajar untuk menyertainya. selepas itu, guru tersebut membuat logo untuk persatuan mereka. pada masayang sama, perasaan sayang terhadap muzik telah dipupuk secara perlahan-lahan. seterusnya guru muzik juga boleh mengadakan lawatan ke RTM.





Definisi Pengurusan Pembelajaran

   Pengurusan pembelajaran adalah proses merancang pengajaran dan pembelajaran agar mencapai matlamat,menentukan atau memberi garis panduan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru, membuat persiapan mata pelajaran yang hendak diajar oleh guru mengikut kepakaran, dan juga memberi persediaan kepada guru untuk mengajar bagi memastikan pelaksanaan pembelajaran berjalan sebagaimana yang dirancang.