Friday, September 28, 2018

Bab 1: Teori Sosiologi Pendidikan

Bab 1: Teori Sosiologi Pendidikan

Maksud sosiologi ialah teori yang datang daripada masyarakat untuk dijadikan objek dan subjek dalam kajian. terdapat 3 teori utama iaitu Fungsionalisme, Konflik, dan Interaksionisme simbolik.

Fungsionalisme bermaksud setiap orang dapat berfungi. sebagai contoh di sekolah terdapat guru disiplin dan guru kaunseling, jika berlaku apa-apa isu berkaitan disiplin pelajar guru disiplin akan menjalankan tugasnya begitu juga dengan guru kaunseling yang akan menjalankan tugas sekira pelajar memerlukan  nasihat atau pemasalahan. maksudnya disini Fungsionalisme ialah mengkhususkan skop pekerjaan guru tersebut.

Konflik bermaksud mewujudkan suasana yang baru untuk mendapat keuntungan. kebiasaannya teori Konflik ini banyak digunakan di dalam politik. ianya juga seperti mengadakan huru-hara untuk mendapat sokongan yang ramai untuk parti tersebut. Konflik boleh dikaitkan di sekolah, sebagai contoh seorang guru akan menghukum untuk merotan pelajar jika mereka bising, terdapat dua situasi iaitu sama ada semua pelajar akan diam atau mungkin akan ada segelintir pelajar yang nakal akan lari atau ponteng daripada kelas guru tersebut.

Interaksionisme simbolik adalah kaedah untuk menarik minat pelajar dengan menggunakan simbol atau dikenali sebagai logo. sebagai contoh seorang guru muzik menubuhkan persatuan atau kelab muzik sekolah, dengannya ada persatuaan ini, dapat menarik minat pelajar untuk menyertainya. selepas itu, guru tersebut membuat logo untuk persatuan mereka. pada masayang sama, perasaan sayang terhadap muzik telah dipupuk secara perlahan-lahan. seterusnya guru muzik juga boleh mengadakan lawatan ke RTM.





Definisi Pengurusan Pembelajaran

   Pengurusan pembelajaran adalah proses merancang pengajaran dan pembelajaran agar mencapai matlamat,menentukan atau memberi garis panduan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru, membuat persiapan mata pelajaran yang hendak diajar oleh guru mengikut kepakaran, dan juga memberi persediaan kepada guru untuk mengajar bagi memastikan pelaksanaan pembelajaran berjalan sebagaimana yang dirancang.